MASBATE, Filipina – Seorang guru memperuntukkan masa tiga tahun untuk mengubah bilik darjah yang suram menjadi sebuah ruang dambaan kanak-kanak perempuan dengan dihiasi warna merah jambu dan hiasan bertemakan Hello Kitty. Melihat dekorasi bilik darjah yang diusahakan Samelyn Lafuente, membuatkan anda terfikir ia adalah tempat bagi peminat fanatik karakter popular yang berasal dari Jepun itu. Lantai dihiasi dengan permaidani, dinding dan meja berwarna merah jambu, selain dikelilingi karakter Hello Kitty…










