KUALA LUMPUR 18 Okt. – Perbezaan pendapat mengenai kewajaran pembinaan jambatan bengkok yang sinonim dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan bermakna DAP tidak sehaluan dengan Pengerusi Pakatan Harapan itu.
Sebaliknya Pengerusi DAP Johor, Liew Ching Tong berkata, cadangan beliau sebelum ini agar kerajaan menyelesaikan masalah kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor terlebih dahulu berbanding membina jambatan tersebut merupakan satu proses demokrasi.
“Tak ada (perbezaan pendapat dengan Dr. Mahathir). Ini hanya cadangan sahaja yang masih belum dibuat keputusan.
“Ia juga adalah proses demokrasi dan adalah baik untuk kita ambil semua cadangan dan keputusannua dibincangkan oleh semua,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE










