SAUDARA PENGARANG, IKATAN Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (Wafiq) menzahirkan keperihatinan terhadap bilangan kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak lelaki khususnya di sekolah dan pusat pengajian Tahfiz. Kami mendesak agar jabatan pendidikan negeri serta majlis-majlis agama negeri mengambil tindakan serius dan membuat pemerhatian secara menyeluruh bagi memastikan keselamatan murid dan pelajar sentiasa terjaga dan diutamakan. Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran (Pinta) juga dimohon segera mewujudkan sebuah jawatankuasa bertindak…










