KUALA LUMPUR – Bendera bomba, Jalur Gemilang dan negeri dikibarkan separuh tiang bermula hari ini hingga Ahad ini di semua premis Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara. JBPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengibaran bendera separuh tiang itu dilakukan sebagai tanda hormat dan penghargaan bagi enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat di kolam lombong Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor pada Rabu lalu. “JBPM merakamkan penghargaan dan ucapan…










