Belia perlu budayakan amalan gaya hidup sihat - Utusan Malaysia

Belia perlu budayakan amalan gaya hidup sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Generasi belia diharap dapat menjadikan aktiviti sukan dan riadah sebagai satu amalan hidup seharian mereka sekaligus membudayakan gaya hidup yang sihat.

Demikian ditegaskan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya kerana aktiviti seumpama itu bukan sahaja memberi manfaat kesihatan tetapi turut mengeratkan lagi hubungan serta persaudaraan kalangan para belia. 

Katanya, perkembangan teknologi internet serta gajet yang semakin pesat ketika ini kadang-kalanya membataskan pergerakan golongan belia apabila sebahagian mereka tidak berminat untuk bergerak aktif dengan aktiviti luar. 

“Malah kita juga bimbang ada golongan belia-belia turut terjebak dengan gejala-gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, jenayah dan sebagainya. 

“Golongan belia tidak boleh salahkan orang lain jika terjerumus dengan budaya yang tidak sihat. Sebaliknya belia lah yang perlu menyemarakkan gaya hidup sihat,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pertandingan futsal anjuran Persatuan Belia Bakti Putrajaya dan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya sempena Hari Sukan Negara 2018 di Kompleks Futsal Presint 18, di sini hari ini. 

Sebanyak 32 pasukan menyertai pertandingan futsal yang bermula kira-kira pukul 8 pagi tadi. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN