PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini membebaskan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Abdul Hanan Alang Endut daripada 10 pertuduhan rasuah membabitkan jumlah RM59,390.60. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim sebulat suara menolak rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Abdul Hanan atas dakwaan menerima rasuah. Mereka mengesahkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang membebaskan…