LONDON 8 Okt. – Bekas kapten England, John Terry mengumumkan persaraannya daripada bola sepak dan pemain pertahanan tengah berusia 37 tahun itu kini mula berjinak-jinak dengan kerjaya dalam bidang pengurusan. Terry yang bersama Chelsea sepanjang kerjayanya, pada musim lalu bersama Aston Villa. Kini dikhabarkan pasukan Birmingham mahukan dia menjadi tenaga jurulatih mereka dengan Thierry Henry bakal mengambil alih jawatan pengurus di Villa Park selepas pemecatan Steve Bruce awal minggu lalu.…










