Bekalan air pulih secara berperingkat esok - Utusan Malaysia

Bekalan air pulih secara berperingkat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 9 Okt. – Bekalan air di empat daerah iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat yang terjejas berikutan kerja henti tugas di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih, Selangor dijangka pulih secara berperingkat pada pukul 9 pagi esok.

KERJA-KERJA menggantikan peralatan di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih, Selangor yang menyebabkan gangguan bekalan air di empat daerah iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat hari ini.



Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri, Izham Hashim, beliau berharap bekalan air di semua kawasan berkenaan akan pulih sepenuhnya pada pukul 3 petang esok seperti dijadualkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, status kerja-kerja mengganti peralatan kritikal di loji tersebut telah mencapai 70 peratus sejak pukul 3 petang hari ini.

“Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) menjangkakan loji berkenaan beroperasi semula dan menyalurkan bekalan air ke kawasan terlibat bermula pukul 9 malam ini.

“Tempoh pemulihan dianggarkan mengambil masa 30 jam hingga 72 jam bergantung kepada lokasi, kedudukan dan altitud premis pengguna,” katanya kepada pemberita berhubung isu gangguan bekalan air di Puchong, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad.

Terdahulu, seramai 342,000 pengguna mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini hingga Jumaat berikutan kerja-kerja menggantikan peralatan oleh pihak Air Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini