KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki ditemukan dengan kesan kecederaan dipercayai akibat gigitan anjing berdekatan sebuah kedai serbaneka di Jalan PSK1, Seri Kembangan di sini awal pagi ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang menjumpai bayi yang dibalut dengan kain itu kira-kira pukul 4.13 pagi. “Terdapat kesan kecederaan di kaki dan lutut bayi itu dipercayai digigit anjing. Bayi dipercayai berumur…










