TEMERLOH – Seorang bayi lelaki baru lahir ditemui di dalam tandas wanita dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lanchang di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, bayi berkenaan ditemui oleh seorang wanita yang mendengar tangisan bayi ketika menggunakan salah satu tandas di R&R berkenaan.
Ketua Polis daerah, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, berdasarkan keterangan saksi, dia telah mendengar suara tangisan bayi itu setengah jam sebelum menyedari bayi itu ditinggalkan sendirian dalam tandas bernombor 11.
“Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan berbogel serta masih bertali pusat.
“Hasil pemeriksaan kawasan sekitar tidak terdapat sebarang bukti yang ditinggalkan, tiada televisyen litar tertutup dan disyaki dilahirkan ditempat lain sebelum diletakkan di dalam tandas tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. – K! ONLINE











