BERLIN 31 Okt. – Bayern Munich mara ke pusingan ketiga Piala Jerman selepas menewaskan kelab divisyen keempat, SV Roedinghausen 2-1 di Bremer Brucke, semalam.
Kelab gergasi Jerman itu menguasai sebahagian besar permainan malah mereka membuka tirai gol seawal minit kelapan menerusi jaringan Sandro Wagner sebelum Thomas Muller menyempurnakan penalti lima minit kemudian. Gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Linus Meyer pada minit ke-49.
Jurulatih Bayern, Niko Kovac menunggu hingga minit terakhir permainan untuk mengeluarkan bintangnya Franck Ribery digantikan dengan Meritan Shabani.
Dalam pada itu, jurulatih tuan rumah, Niko Kovac berkata dia sudah lama menanti kunjungan Bayern sambil menyifatkan perlawanan tersebut sebagai ‘aksi terbaik dalam hidup kami’.
“Kami berharap dapat bertemu kelab besar dan kami berpeluang menentang kelab gergasi,” kata Maassen.
Bayern dihadiahkan dua penalti selepas Renato Sanches mencipta gerakan gol untuk Wagner. Mueller menterjemahkan penalti yang pertama sebelum penalti yang diambil Sanches terkena palang. – AGENSI










