'Bawalah kami keluar' - Utusan Malaysia

‘Bawalah kami keluar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALU 4 Okt. – Ibu kepada tiga anak, Waslihah menceritakan dia terpaksa berjalan kaki selama 10 jam, menempuh kawasan pergunungan dan laluan yang rosak teruk untuk ke Lapangan Terbang Palu, dekat sini.

Semuanya diredah agar dapat diselamatkan dan dibawa keluar daripada kawasan bencana untuk mendapat bantuan selepas berhari-hari menunggu tetapi penantian itu ternyata hanya sia-sia.

Akhirnya, Waslihah dan suami serta tiga anaknya mengambil keputusan berjalan kaki dan Kampung Lolu sebenarnya tidak jauh dari Lapangan Terbang Palu, biasanya boleh sampai hanya beberapa jam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun begitu, keadaan Palu dan Sigi selepas gempa bumi menyulitkan perjalanan Waslihah kerana terpaksa melalui jalan yang teruk selain terpaksa me­nukar laluan demi keselamatan anak-anaknya, setidak-tidaknya terdapat air bersih untuk diminum.

Di Kampung Lolu, anak-anaknya kehausan sejak Isnin lalu kerana ketiadaan bekalan air bersih dan bimbang lambat untuk sampai mula dirasai selepas mendengar khabar bahawa pesawat tentera akan membawa mereka keluar dari Palu.

“Katanya pasti ada Hercules, jadi kami segera ke sini,” katanya kepada Heyder Affan dari BBC News Indonesia.

Setibanya di lapangan terbang, terdapat ribuan penduduk lain yang turut ingin keluar dari Palu dan Waslihah mendaftarkan diri dan keluarga untuk menaiki pesawat tentera ke Pangkalan Udara Hasanuddin, Makassar.

Kesemua mereka menunggu dan sabar selama berjam-jam lamanya di Lapangan Terbang Palu yang masih bertahan meskipun dilanda bencana gempa bumi pada Jumaat lalu dengan ribuan orang bersesak-sesak menantikan nama mereka dipanggil untuk menaiki pesawat.

“Saya telah menunggu selama berjam-jam. Bila tiba giliran saya untuk masuk, hanya saya dan anak-anak dibenarkan manakala suami tidak,” kata Waslihah.

Sementara itu di Balaroa, ribuan orang masih lagi hilang ketika menyelamatkan diri dalam bencana itu termasuk Nurhayati, 46, yang kehilangan suaminya, Daeng Rate.

Selepas lima hari gempa berlaku, Nurhayati meneruskan pencarian tetapi tidak mendatang­kan hasil.

Balaroa adalah salah satu kawasan yang mencatatkan kematian paling tinggi di Tengah Sulawesi.

Dalam pada itu, kisah seorang kanak-kanak, Izrael bertemu dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo selepas kehilangan ibunya menjadi tular dalam media sosial.

“Ibu saya telah meninggal dunia, tapi saya tidak boleh menangis kerana perlu menjadi berani,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini