KUALA LUMPUR 3 Okt. – Seorang penghantar notis di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Mohd. Riduan Mhd. Yunan merayu sumbangan daripada orang ramai bagi menampung kos rawatan anaknya, Ahmad Zeyad berusia setahun yang menghidap penyakit hati kronik. Menurutnya, dana sebanyak RM80,000 perlu dikumpul segera bagi menampung kos perjalanan dan pembedahan pemindahan hati sebelum dia, isteri dan anaknya itu berangkat ke China bagi menjalani pembedahan tersebut pada 15 Oktober ini. “Setakat ini…










