KUALA LUMPUR 11 Okt. – Abdulmanap Nurmagomedov, bapa kepada Khabib Nurmagomedov, memaafkan segala hinaan yang dilontarkan oleh Conor McGregor dan pasukannya, tetapi menghukum anaknya sendiri kerana bertindak keterlauan. Abdulmanap berkata, Khabib boleh melakukan apa sahaja ketika beraksi dalam gelanggang Octagon, tetapi bukannya bertindak melulu di luar. “Di luar ada anak-anak, ada perempuan dan orang awam,” katanya melalui catatan di Instagram. Khabib memenangi pertarungan panas dengan McGregor Sabtu lalu yang memperlihatkan…










