ALOR SETAR 9 Okt. – Seramai 501 mangsa banjir daripada 151 keluarga dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan yang dibuka di daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Baling sehingga pukul 4 petang hari ini. Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Imran Azemi berkata, sebanyak tiga pusat pemindahan dibuka di Kota Setar, lima di Baling dan sebuah di Kubang Pasu. “Bagi daerah Kota Setar, seramai 247 mangsa daripada 81 keluarga ditempatkan…










