Bajet 2019: Tentera Darat minta kerajaan pertimbang tiga aspek - Utusan Malaysia

Bajet 2019: Tentera Darat minta kerajaan pertimbang tiga aspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Tentera Darat meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap tiga aspek utama melibatkan warganya iaitu kesiagaan, keselesaan dan kebajikan untuk dimasukkan ke dalam Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 November ini.

Panglimanya, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi berkata, soal keselamatan negara adalah perkara yang tidak boleh dikompromi dan beliau meyakini kerajaan akan memberikan keutamaan dalam hal berkenaan.

Menurut beliau, selain kesiagaan aset dan perajurit, aspek keselesaan dan kebajikan juga perlu dititik beratkan kerana ia bersangkut paut dengan moral pegawai dan anggotanya.

“Kita mohon perkara-perkara yang membolehkan kita melaksanakan tugas. Bukan mahu keselesaan ketika bertugas tetapi keselesaan yang membolehkan kita buat tugas demi negara.

“Saya percaya kerajaan pun ada keutamaan dia. Mana yang melibatkan keselamatan yang tidak boleh kompromi, saya percaya kerajaan akan beri keutamaan kerana kita bekerja untuk kepentingan negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN