PEMBENTANGAN Bajet 2019 Jumaat minggu depan, sebagaimana belanjawan negara sebelum ini sering ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan masyarakat. Bagaimanapun, pembentangan kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila kali pertama di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), selepas lebih 60 tahun belanjawan negara dicaturkan oleh Barisan Nasional (BN). Masyarakat daripada peringkat rendah sehinggalah kumpulan profesional sudah tentunya berharap ada ‘sesuatu’ yang boleh menggembirakan mereka. Misalnya golongan pekebun getah dan sawit yang beberapa bulan ini berhadapan situasi sukar berikutan harga komoditi jatuh merudum, sudah tentu dambakan sesuatu daripada kerajaan untuk sekurang-kurangnya membantu mereka ‘bernafas’.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya