KUALA LUMPUR – Kerajaan membuat anggaran bagi peruntukan Bajet 2019 berdasarkan harga purata minyak mentah AS$70 (RM292) setong walaupun minyak mentah Brent kini menghampiri AS$80 (RM333) setong, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mengulas lanjut, beliau berkata, peruntukan bagi pembangunan negara akan dikurangkan kerana ia tidak dapat dielakkan tetapi bajet untuk operasi akan dikekalkan. “Untuk Bajet 2019, kita perlu menggunakan pendapatan kita termasuk untuk membayar hutang. Kita (bagaimanapun) tidak dapat mengurangkan bajet operasi, ia perlu diteruskan. …










