KUALA LUMPUR 21 Okt. – Azizulhasni Awang tersungkur seawal pusingan pertama dalam acara kegemarannya, keirin dalam kejohanan Siri 1 Piala Dunia Trek yang berlangsung di Velodrom Nasional Saint-Quentin-en-Yvelines di Perancis hari ini. AZIZULHASNI AWANG Dalam perlumbaan pertama pusingan pertama, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu hanya mampu menduduki tempat keenam dalam saringan kedua yang dimenangi pelumba Belanda mewakili Kelab Beat Cycling, Theo Bos. Sebanyak empat saringan dilangsungkan dalam pusingan pertama dengan…










