PONTIAN 10 Okt. – Juadah berasaskan ayam sering disajikan dengan pelbagai menu, antaranya masak madu, kuzi, asam pedas, berempah, masak kicap, masak merah dan rendang. Namun, bagi masyarakat Jawa di negeri ini, ‘ayam engkong’ tetap popular, tetapi agak jarang ditemukan di kedai-kedai makan kerana kaedah memasaknya memerlukan kemahiran. Bagi pengusaha ayam ‘engkong’, Kamal Ibrahim Wardi, 51, permintaan daripada saudara-mara dan rakan-rakan kini menjadi sumber pendapatan baharu bagi keluarganya sejak tiga…










