KUALA LUMPUR 10 Okt. – Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) dan Maxis Berhad (Maxis) melancarkan kempen bagi mengisi Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi. Astro dan Maxis dalam satu kenyataan bersama memaklumkan, dua syarikat komunikasi itu turut berbesar hati menyalurkan sumbangan bersama sebanyak RM5 juta kepada tabung berkenaan. “Sumbangan bersama daripada Astro dan Maxis bertujuan membantu usaha pemulihan Sulawesi, khususnya membangunkan semula sekolah dan komuniti. “Astro dan Maxis sentiasa…










