SOCHI 19 Okt. – Presiden Russia, Vladimir Putin semalam berkata, Amerika Syarikat (AS) turut menggalas ‘tanggungjawab tertentu’ terhadap nasib wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, kerana tiada bukti mencukupi Riyadh menjadi dalang kehilangannya.
“Setakat yang saya tahu, wartawan yang hilang itu tinggal di AS. Dalam situasi ini, sudah pasti, AS menggalas tanggungjawab tertentu terhadap apa yang berlaku kepadanya,” kata Putin dalam satu forum di bandar selatan Russia di sini.
Pemimpin Russia itu berkata, Moscow ‘tidak dapat menjejaskan hubungannya’ dengan Arab Saudi kerana ‘ia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.’ – AFP










