APMM Sabah tahan bot nelayan langgar syarat sah lesen - Utusan Malaysia

APMM Sabah tahan bot nelayan langgar syarat sah lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Tindakan seorang tekong dan empat awak-awak warganegara Indonesia yang dipercayai melanggar syarat sah lesen membawa padah apabila mereka ditahan Maritim Malaysia (APMM) Sabah di kedudukan 2.3 batu nautika Pantai Sabandar di sini awal pagi tadi.

Kelima-lima suspek yang menaiki bot nelayan itu ditahan ketika pihak APMM Sabah sedang melakukan operasi khas di sekitar kawasan perairan terbabit lebih kurang pukul 3 pagi.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sabah, Kepten Maritim Asmawati Mohd. Tuje berkata, kru bot nelayan tersebut didapati melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan kurang dari tiga batu nautika seperti yang ditetapkan dalam syarat lesen.

“Hasil pemeriksaan di atas bot nelayan berkenaan pihak kami menemui muatan ikan baja seberat 250 kilogram (kg) dan 50 kg ikan pelbagai jenis.

“Seterusya, kesemua suspek dan bot seterusnya dibawa ke Jeti ZM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN