Anwar tetap hadir majlis makan malam di Lukut - Utusan Malaysia

Anwar tetap hadir majlis makan malam di Lukut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap menghadiri majlis makan malam di Lukut yang dijadual diadakan pada Khamis ini meskipun terdapat gesaan untuk beliau menangguhkannya sehingga Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson selesai.

Tegas Presiden PKR itu, seperti mana calon yang lain, beliau juga boleh menghadiri mana-mana majlis makan malam.

“Penduduk setempat mahu menganjurkan majlis makan malam itu, malah calon yang lain juga menghadiri majlis seumpama itu. Mengapa pula saya tak boleh ?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tak rasa akan tangguh (majlis makan malam itu),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan ‘Malaysia A New Dawn’,di sini hari ini.

Terdahulu, Bersih 2.0 menggesa Ketua Umum PKR itu untuk menangguhkan majlis makan malam percuma untuk kira-kira 4,000 tetamu di Lukut sehingga PRK Port Dickson selesai pada Sabtu ini.

Bersih 2.0 turut menggesa Anwar untuk mencontohi langkah pesta durian ditangguhkan sehingga selesai PRK Sungai Kandis bagi mengelakkan sebarang pelanggaran undang-undang pilihan raya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini