Anwar mulakan tugas di Port Dickson Jumaat ini - Utusan Malaysia

Anwar mulakan tugas di Port Dickson Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual turun padang buat kali pertama bertemu rakyat di Parlimen Port Dickson Jumaat ini selepas memenangi kerusi itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 13 Oktober lalu.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, dalam programnya, Presiden PKR itu akan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson dan pegawai lain kira-kira pukul 11 pagi.

“Beliau akan bersolat jumaat di Masjid Jamek Kampung Paya dan dijangka menyampaikan sumbangan peribadinya iaitu mesin hemodialisis di Hospital Port Dickson.

“Ia adalah lawatan pertama beliau selepas menang dan tanda terima kasih kepada penduduk Port Dickson yang telah memberi kepercayaan kepadanya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Insan Terbilang Negeri Sembilan di sini hari ini.

Anwar memenangi PRK Port Dickson pada Sabtu lalu dengan memperoleh sebanyak 31,016 undi dalam pertandingan tujuh penjuru.

Beliau yang menang dengan majoriti sebanyak 23,560 undi mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson Isnin lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN