Anwar, Isa dan Saiful Bukhari 'serbu' pasar tani - Utusan Malaysia

Anwar, Isa dan Saiful Bukhari ‘serbu’ pasar tani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 3 Okt. – Pasar Tani, Batu 4, Bagan Pinang di sini yang merupakan tumpuan orang ramai saban minggu menjadi lokasi calon-calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson berkempen untuk meraih sokongan bakal pengundi.

Seawal pukul 8 pagi, pasar tani tersebut mula dikunjungi oleh calon Bebas, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Setengah jam kemudian,  calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula tiba dan seterusnya bertemu dan beramah mesra dengan orang ramai termasuk peniaga-peniaga di pasar tani berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar tiba di lokasi sama kira-kira pukul 9 pagi untuk turut bertemu orang ramai sambil mengedarkan risalah kempennya.

Hasrat petugas media untuk melihat calon-calon tersebut bertembung bagaimanapun tidak berhasil apabila mereka serta jentera kempen masing-masing dilihat cuba mengelak daripada bertemu antara satu sama lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini