PORT DICKSON 13 Okt. – Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar untuk memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen Port Dickson. Katanya, beliau tidak akan mensia-siakan amanah yang diserahkan padanya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hari ini. “Saya bertekad untuk menjadi Ahli Parlimen yang benar-benar prihatin untuk membangunkan Port Dickson dan menjaga kepentingan rakyat. “Walaupun sudah menjadi ahli politik untuk tempoh yang lama tetapi sejarah baharu saya akan bermula di Port Dickson,” katanya dalam ucapan kepada lebih 5,000 penyokong di pekarangan Bilik Gerakan Utama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya