Anwar dijangka beri keterangan sebelum hari mengundi - Utusan Malaysia

Anwar dijangka beri keterangan sebelum hari mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 9 Okt. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memberikan keterangan berhubung dakwaan liwat melibatkan seorang pelajar warga Indonesia di Singapura baru-baru ini sebelum Sabtu ini.

MOHD. FAISAL MOHD. NOOR
MOHD. FAISAL

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Faisal Mohd. Noor berkata, Anwar masih belum tampil berbuat demikian kerana sibuk dengan jadual kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson ketika ini.

“Sehingga sekarang kita belum dapat mengambil keterangannya, memandangkan beliau sibuk berkempen.

“Tetapi saya dimaklumkan oleh wakil Anwar, beliau akan beri kerjasama pada polis untuk diambil keterangan sebelum hari mengundi PRK Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober,” katanya selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di sini, hari ini.

Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam baru-baru ini memuat naik status mengenai laporan media Singapura mendakwa Anwar disiasat pihak berkuasa negara itu kerana terlibat dalam kes liwat.

Walau bagaimanapun, media negara jiran terbabit menafikan mereka menjadi sumber kepada dakwaan berkenaan.

Berikutan itu, polis mengambil keterangan daripada empat individu iaitu Lokman, Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan dua petugas media tempatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×