JOHOR BAHRU 3 Okt. – Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berpotensi menjadi Perdana Menteri.
This is just my opinion. Not getting involved in politics at all, so don’t panic or be jumpy. Do you know who I think has potential to be a great prime minister in the future? Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Azmin Ali, YB Khairy Jamaluddin and YB Nurul Izzah.
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 3, 2018
Selain dua nama tersebut, Tunku Mahkota Johor turut menamakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sesuai untuk jawatan itu.
“Ini hanyalah pendapat saya. Tidak ada kena-mengena dalam politik sama sekali, jadi jangan panik atau melatah.
“Awak tahu siapa yang saya fikirkan berpotensi menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang? Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Azmin Ali, Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah,” tulisnya dalam akaun Twitter rasminya, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE










