Anugerah Perniagaan Belia Malaysia 2018 iktiraf usahawan muda tempatan - Utusan Malaysia

Anugerah Perniagaan Belia Malaysia 2018 iktiraf usahawan muda tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Selangor buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Anugerah Perniagaan Belia Malaysia 2018 pada 27 November ini bagi mengiktiraf usahawan muda atas pencapaian mereka sepanjang tahun lepas.

Yang Dipertua DPMM Selangor, Mohd. Fadzli Mustafa berkata, anugerah tersebut akan menjadi platform buat usahawan muda menonjolkan diri dan bersaing untuk menjadi yang terbaik dalam perniagaan masing-masing.

“Anugerah ini diharap akan menjadi pemangkin bagi kelahiran lebih ramai pemimpin dan usahawan muda untuk memacu pertumbuhan perindustrian dan Transformasi Nasional menjelang 2050.

“Kita berharap semua usahawan muda menghantar borang pencalonan untuk bertanding dalam anugerah ini,” katanya dalam sidang akhbar majlis pra pelancaran makan malam gala sempena Anugerah Perniagaan Belia Malaysia 2018 di Hotel Palace of Golden Horses, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN