KUALA LUMPUR – Penghibur Anita Sarawak mahu tinggalkan dunia glamor dan jalani kehidupan orang biasa di Amerika Syarikat.
Demikian kata adik tirinya yang merupakan pelakon dan penyanyi popukar tahun 1980-an, Noorkumalasari, 62, selepas menerika Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada acara Anugerah Bintang Popular ke-31 malam Ahad lalu.
“Anita sihat dan mahu jalani kehidupan biasa. Sebab itu beliau dan suaminya Mahathir tidak pulang ke Malaysia,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Tambah Noorkumalasari kakak tirinya itu kini hidup berpindah-randah dan menjalankan perniagaan hartanah bersama suaminya di sana. – K! ONLINE











