Angsi Challenge tarik peserta antarabangsa - Utusan Malaysia

Angsi Challenge tarik peserta antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK awal pagi, Taman EkoRimba Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan menjadi tumpuan kira-kira 600 peserta yang ingin menguji kelasakan dan ketahanan diri menerusi pertandingan larian gunung, Angsi Challenge 2018 baru-baru ini.

Acara anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama DRD International Sdn. Bhd. dan disokong Jabatan Perhutanan negeri itu turut dimeriahkan dengan penyertaan peserta antarabangsa dari Brunei, Singapura, Filipina, Sweden dan Kenya.

Acara bermula kira-kira pukul 7.30 pagi melibatkan cabaran sejauh 13 kilometer yang bermula di kaki Gunung Angsi setinggi 825 meter.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Salim Aman berkata, acara itu bertujuan menggalakkan pendaki gunung bersaing dengan lebih sihat dan mendapatkan ganjaran seperti baju-t, medal dan sijil penyertaan.

Katanya, data pencapaian peribadi mereka disimpan di ruangan maya sebagai rujukan dan pemangkin semangat kepada orang lain untuk memecahkan rekod tersebut.

“Program ini mampu membantu mempromosikan Negeri Sembilan, khususnya Gunung Angsi dan Hutan Lipur Ulu Bendul kepada masyarakat luar,” katanya kepada S2.

Tambahnya, untuk jangka panjang, acara itu akan dijadikan sebagai Sirkit Cabaran Gunung Negeri Sembilan, melibatkan daerah di negeri itu yang turut mempunyai puncak gunung lain seperti Gunung Datuk, Gunung Tampin dan Gunung Rembau.

Upacara perasmian Angsi Challenge 2018 telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani.

Dua kategori dipertandingkan iaitu kategori Competitive melibatkan pemakaian cip kepada setiap peserta dan pemenang bagi kategori itu dimasukkan rekodnya di dalam papan rekod pencapaian serta laman sesawang untuk paparan umum.

Kategori Non-competitive pula tidak melibatkan pemakaian cip dan tiada paparan pada papan rekod pencapaian atau laman sesawang.

Angsi Challenge 2018 menyaksikan Lel Kipchirchir dari Kenya muncul juara bagi kategori terbuka lelaki; 
Danielle Nant dari New Zealand (terbuka wanita); Jacob Kitur Kibiwott dari Kenya (veteran lelaki); Foo Kam Miew dari Malaysia (veteran wanita); Mohd. Rais Ismail dari Malaysia (terbuka warigh) dan Abu Bakar Daud dari Malaysia (terbuka belia).

Cabaran itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhannya berjumlah RM7,000. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Aminuddin Harun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini