KUALA LUMPUR 31 Okt. – Jumlah sebenar peruntukan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) yang didakwa hilang oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik adalah RM36 juta. Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, permohonan bagi peruntukan itu dibuat Unit Khas Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (Sedic) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Menurutnya, pada 9 Ogos 2017, Najib bersetuju dengan permintaan…