Anggota bomba lemas: Zuraida zahir dukacita, pastikan nasib keluarga dan waris terbela - Utusan Malaysia

Anggota bomba lemas: Zuraida zahir dukacita, pastikan nasib keluarga dan waris terbela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bersama warga kementeriannya hari ini menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada anggota keluarga serta waris kepada enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat di Puchong malam tadi. 

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata anggota-anggota daripada Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terkorban telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah, setia dan memaparkan komitmen yang tinggi dalam usaha untuk mencari dan menyelamat mangsa lemas.

“Pengorbanan Mohd Fatah Hashim, 34, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omarbaki, 25, Yahya Ali, 24, Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 akan terus dikenang dan jasa mereka akan diabadikan di dalam sejarah Malaysia,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kementerian akan turut memastikan nasib keluarga dan waris wira-wira negara itu akan dibela terutamanya dari segi kebajikan bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Kesemua anggota bomba terbabit lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada pukul 9.15 malam tadi.

Kesemua jenazah mangsa disembahyangkan di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam pagi tadi dan selamat dibawa ke kampung halaman masing-masing. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini