Anak sulung Ahli Parlimen UMNO ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Anak sulung Ahli Parlimen UMNO ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anak lelaki seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tengah hari tadi bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Menurut sumber, individu berusia 24 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Katanya, Rabu lepas, seorang broker jualan kenderaan bergelar Datuk berusia 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes yang sama, dan direman selama enam hari hingga 8 Okt (Isnin) ini.

“Kedua-dua mereka dipercayai berperanan sebagai proksi dan ‘runner’ dalam urusan pemindahan wang rasuah membabitkan syarikat kontraktor,” kata sumber itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN