Anak lelaki Ahli Parlimen Baling dibebaskan - Utusan Malaysia

Anak lelaki Ahli Parlimen Baling dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Okt. – Anak lelaki kepada ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Rahim yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dibebaskan pada awal pagi hari ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Datuk Abdul Azeez Rahim 

Difahamkan, lelaki berumur 24 tahun itu dibebaskan kira-kira pukul 2 pagi selepas selesai memberi keterangan kepada SPRM.

Semalam, media melaporkan anak ahli Majlis Tertinggi UMNO itu ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Menurut sumber, suspek dipercayai menjadi proksi kepada ayahnya yang yang telah dibebaskan SPRM semalam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN