SHAH ALAM 1 Okt. – Peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV 5), Amelina, 44, berjaya menepis persepsi awal segelintir warganet yang memilihnya sebagai penyanyi pertama disingkirkan dari pentas program realiti berkenaan. Bahkan, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu begitu cemerlang mendominasi keseluruhan konsert minggu pertama GV 5 apabila diumumkan sebagai peserta yang mengumpul markah tertinggi untuk menghuni kedudukan teratas carta. “Alhamdulillah, walaupun agak lama tidak beraksi di atas pentas sebesar…










