Aksi mat rempit lakukan 'Superman' sia-sia - Utusan Malaysia

Aksi mat rempit lakukan ‘Superman’ sia-sia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Okt.- Lima remaja ditahan polis kerana menunggang motosikal secara berbahaya termasuk melakukan aksi ‘Superman’ dalam Op Samseng Jalanan di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) di sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Superintenden Sarifuddin Mohd. Saleh berkata, kesemua suspek berusia antara 16 tahun hingga 19 tahun itu ditahan selepas didapati menunggang motosikal secaea melawan arus, meniarap di atas motor serta bersaing sesama sendiri di sepanjang lebuh raya itu.

“Selain itu, kita turut menahan sembilan pemandu yang didapati di bawah pengaruh alkohol menerusi Op Mabuk di lima lokasi sekitar ibu negara.

“Sebanyak 215 saman dikeluarkan terhadap pengguna motosikal yang tiada lesen memandu; cukai jalan tamat tempoh; ubah suai struktur kenderaan; tidak memiliki cermin sisi serta menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ (diubah suai),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN