Aksem rampas arak elak cukai RM254,213.40 di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Aksem rampas arak elak cukai RM254,213.40 di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis berjaya merampas 574 karton minuman keras pelbagai jenama elak cukai kastam di sebuah gudang di Sungai Dua, Pulau Pinang, petang semalam.

Komander Aksem Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, dalam serbuan pada pukul 3 petang itu mendapati terdapat 574 karton minuman keras yang disimpan di dalam gudang itu.

“Siasatan awal mendapati semua minuman keras yang belum dibayar cukai kastam itu bernilai RM254,213.40.

“Sindiket itu juga cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menampal label cukai kastam palsu di kotak-kotak yang mengandungi minuman keras itu.

“Seorang suspek lelaki berusia 58 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar khas di Kompleks Aksem Kuala Perlis di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang jika sabit kesalahan boleh didenda 10 kali ganda nilai cukai atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Suspek dan barangan kes diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN