KUCHING 5 Okt. – Gara-gara terpedaya dengan janji manis lelaki mendakwa diri warga Eropah, seorang guru wanita kerugian RM5,500 akibat diperdaya sindiket penipuan bungkusan atau ‘parcel scam’. Kejadian berlaku antara 27 September hingga 2 Oktober lalu, namun wanita berusia 53 tahun itu hanya membuat laporan polis, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Ghani Abdullah berkata, berdasarkan laporan diterima, mangsa dikatakan telah berkenalan dengan seorang lelaki kononnya…










