KUCHING – Gara-gara terpedaya dengan janji-janji manis lelaki warga asing, seorang guru wanita kerugian sebanyak RM5,500 akibat ditipu satu sindiket penipuan bungkusan atau ‘parcel scam’. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku antara 27 September hingga 2 Oktober lalu, namun wanita berusia 53 tahun itu hanya membuat laporan polis, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Ghani Abdullah berkata, berdasarkan laporan diterima, mangsa dikatakan telah berkenalan dengan seorang lelaki kononnya…










