PUTRAJAYA 13 Okt. – Hanya Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi yang menggunakan akaun bank Bank Muamalat (16010000882-71-8) adalah benar, jika terdapat akaun lain, itu adalah palsu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Maklumat sebenar berkaitan Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi yang dikeluarkan oleh Nadma adalah, cek sumbangan mesti ditulis atas nama Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara dan untuk rekod.
“Sila hantar bukti transaksi ke nombor 012-6519563 atau 012-2344048 atau www.nadma.gov.my,” jelas kenyataan itu.
Nadma memberitahu, Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi yang dikeluarkan agensi itu bersifat ‘one-off’.
“Penyumbang perlu mengemukakan bukti pindaan wang kepada akaun Nadma untuk proses pengesahan dan pengeluaran resit bukti penerimaan,” jelasnya.
Nadma menegaskan, agensi itu tidak pernah menghantar sebarang sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi aplikasi WhatsApp berkaitan tabung untuk bencana di Sulawesi.
Berikut merupakan SMS palsu yang tersebar menggunakan nama tabung yang hampir sama:-
“Tabung Bencana Gempa bumi NADMA, derma boleh dibuat melalui Deposit langsung atau pemindahan bank ke akaun berikut-Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (221191183544).
“Atau, alamatkan sumbangan ke atas Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, semua sumbangan layak mendapat pengecualian cukai. Sila hantar bukti transaksi anda kepada 011-23066906 atau 017-8920249 untuk resit pengecualian cukai. Derma akan diterima sehingga 4 November 2018. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.nadma.gof.my.”.-UTUSAN ONLINE.










