Akaun Hasil Disatukan bertambah tujuh kali ganda - Utusan Malaysia

Akaun Hasil Disatukan bertambah tujuh kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Okt. – Kementerian Kewangan mencatatkan peningkatan tujuh kali ganda dalam Akaun Hasil Disatukan apabila sebanyak RM3.25 bilion berjaya diperoleh untuk tempoh empat bulan dari 30 April sehingga 31 Ogos lalu.

Lim Guan Eng
LIM GUAN ENG

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perolehan itu adalah untuk baki akaun semasa bagi Akaun Hasil Disatukan.

“Amalan pengurusan kewa­ngan Kerajaan Pakatan Harapan yang baik dan berhemat telah menghasilkan lebihan sebanyak RM3.25 bi­lion.

“Peningkatan tujuh kali ganda itu juga menjelaskan cara kerajaan mendapatkan dana yang memadai untuk memastikan pentadbiran Kerajaan Persekutuan lancar termasuk membayar gaji dan pencen bulanan seba­nyak RM8 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini memaklumkan jumlah baki di dalam Akaun Hasil Disatukan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu hanya RM450 juta.

Guan Eng juga memberitahu, kerajaan juga mencatatkan peningkatan hasil sebanyak RM1.70 bilion untuk tempoh empat bulan (Mei-Ogos) iaitu dari RM71.88 bilion kepada RM73.58 bilion.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN