MUNICH 3 Okt. – Jaringan penyamaan Noussair Mazraoui pada babak pertama berjaya membantu Ajax mencipta kejutan selepas mengikat Bayern Munich 1-1 dalam aksi Liga Juara-Juara di Bavaria, semalam. Selepas seri di laman sendiri kepada Augsburg sebelum dikejutkan dengan kekalahan 2-0 kepada Hertha Berlin minggu lalu, Bayern terus bergelut dengan masalah prestasi untuk menghadapi Ajax yang kekal di tangga teratas Kumpulan E. “Perlawanan sukar pada hari ini, namun kami hanya menjaringkan…










