KUALA LUMPUR 9 Okt. – Juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah meminta semua pihak memberi masa untuknya berbincang dengan pihak peguam berhubung tiga tuntutan yang dikemukakan penaja utama program tersebut, Datuk Seri Dr. Vida. Aishah ketika dihubungi UTUSAN ONLINE berkata, dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan atas nasihat peguamnya. “Setakat ini saya telah dinasihatkan pihak peguam untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. “Bagi saya masa dan ruang berbincang terlebih dahulu,” katanya.…










