Aishah, Man Bai juri pencarian program When Music Speaks - Utusan Malaysia

Aishah, Man Bai juri pencarian program When Music Speaks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Juara Gegar Vaganza musim ke-4 yang terus popular dengan lagu berhantunya, Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah sedang mencari bakat-bakat

baharu untuk menyertai sebuah program, When Music Speaks.

Menerusi entri di Instagramnya, Aishahjmm, pencarian bakat baharu itu bukan hanya dalam negara tetapi juga mencakupi negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Thailand.

Aishah tidak berseorangan dilantik sebagai juri pemilihan When Music Speaks, sebaliknya rakan artis, Man Bai turut diberikan tugas dan tanggungjawab yang sama bagi memastikan, peserta yang terpilih kelak

adalah yang berkualiti sebagai seorang penyanyi ataupun penghibur.

Menerusi entri yang sama, Aishah memberitahu bahawa When Music Speaks bertaraf Asia.

Uji bakat dibuka kepada orang ramai pada 4 November ini dan untuk maklumat lanjut, boleh ikut Instagram @aishahjmm. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN