IPOH – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd. (AirAsia) terus memperluaskan rangkaian penerbangan domestiknya dengan memperkenalkan laluan baharu Johor Bahru ke Ipoh mulai semalam. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riad Asmat berkata, penerbangan sebanyak empat kali seminggu itu menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini. “Kami berbesar hati untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Johor ke Ipoh yang juga merupakan destinasi yang dinanti-nantikan dalam rangkaian…










