KUALA LUMPUR 17 Okt. – Air paip yang telah diproses menerusi loji rawatan air di seluruh negara boleh diminum secara terus.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar memberi jaminan tersebut ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang meminta kerajaan menjelaskan kenyataan dikeluarkan Ketua Setiausahanya bahawa sudah tiba masa air dari paip di negara ini selamat untuk terus diminum.
“Memang air yang keluar dari paip di seluruh negara boleh diminum, tidak ada masalah. Jika ada masalah pun, itu masalah tempatan bukan sebab loji.
“Air yang keluar dari loji di seluruh Malaysia seratus peratus boleh diminum. Memang saya minum terus dari paip,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE










