PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk kali keempat bagi memberi keterangan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana Yayasan Akal Budi di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sini hari ini. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba di kompleks SPRM pada pukul 9.16 pagi dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih. Turut dilihat tiba di kompleks tersebut ialah anak perempuannya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang…










