KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur tepat pukul 8.10 pagi.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu tiba dengan menaiki Toyota Vellfire sambil diiringi anggota polis dan beberapa anggota dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau yang memakai baju batik berwarna oren sempat melambai ke arah wartawan dan penyokongnya yang kemudian memasuki lif untuk ke Mahkamah Sesyen bagi proses pendakwaan. – K! ONLINE










